LAWATAN KERJA PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA (PPLU) KE UNIT LODGER PANGKALAN UDARA SENDAYAN

cpm2 cpm5 pstu2
pstu3 undang2 undang3

 

SENDAYAN, 13 November 2020 - Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM buat julung kalinya telah mengadakan Lawatan Kerja beliau ke Unit Lodger di Pangkalan Udara Sendayan selepas mengambil alih jawatan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara baru-baru ini. Beliau telah membuat lawatan di MTU-Cawangan Provos Marsyal, MTU-Perundangan dan Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU).

Ketibaan beliau di Cawangan Provos Marsyal (CPM) telah disambut oleh Provos Marsyal Udara, Lt Kol Mokhtar bin Abdul Rahman TUDM bersama Pegawai-pegawai CPM. PPLU telah dibawa ke Sel Narkotik dan Sel Forensik dan diberi taklimat mengenai peralatan-peralatan yang digunakan dalam siasatan. Selain itu, demonstrasi dan taklimat juga telah dijalankan menggunakan ujian poligraf.

Beliau dan deligasi kemudiannya meneruskan lawatan kerja ke MTU-Cawangan Perundangan yang disambut oleh Pengarah Perundangan, Kol Norazrin bin Shamsudin TUDM. Terdahulu beliau telah diberikan taklimat berkenaan organisasi dan peranan Cawangan Perundangan yang disampaikan oleh Pengarah Perundangan di Bilik Mesyuarat Cawangan Perundangan dan turut dibawa melawat ke dewan mahkamah di Kompleks Mahkamah TUDM.

Seterusnya, PPLU bersama delegasi telah membuat lawatan kerja ke Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU) yang disambut oleh Pengarah PSTU, Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM. Lawatan kerja beliau ke MPSTU ini bertujuan bagi meninjau kemudahan latihan serta infrastruktur yang terdapat di Kompleks MPSTU disamping mengetahui dengan lebih mendalam tentang peranan dan fungsi serta keupayaan MPSTU.