LAWATAN KERJA PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA KE INSMAT

1 2 3
4 5 6
7 8

 

PUCHONG - Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU), Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM telah melaksanakan Lawatan Kerja ke Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) pada 11 Feb 21.

Ketibaan PPLU telah disambut oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM serta Pegawai-Pegawai INSMAT. Turut bersama mengiringi adalah Pegawai Staf 1 Bantuan, Lt Kol Syed Jamaluddin bin Syed Mohamed TUDM; Pegawai Staf 2 Latih C, Mej Hail Amir bin Ramli TUDM dan Pegawai Staf 3 Khidmat Tadbir, Kapt Muhammad Khairul Izzam bin Mohd Khalid TUDM.

Lawatan kerja dimulakan dengan taklimat oleh Pegawai Memerintah INSMAT dan ikuti dengan lawatan ke litar latihan pemanduan kenderaan 4 x 4, mock-up pesawat C130, bilik gimnasium dan dewan makan Wisma Ahli Udara. Dalam lawatan, beliau telah menetapkan halatuju terbahagi 3 iaitu meluaskan kawasan latihan pemanduan kenderaan 4 x 4, kajian perlu dilaksanakan ke atas penempatan mock-up pesawat C130 serta menaiktaraf keluasan dewan makan bagi peserta kursus yang berpangkat koperal ke bawah.

PPLU juga mengambil kesempatan melakukan pemanduan 4 x 4 di Litar Off Road INSMAT. Lawatan Kerja PPLU ke INSMAT adalah menunjukan keprihatinan beliau kepada institut-institut di bawah naugan beliau dalam mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh institut latihan bagi memastikan para peserta kursus dapat menjalani latihan dengan keadaan lebih selesa serta dilengkapi dengan kemudahan asas.