SUBANG, 11 Ogos 23 - Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM telah melaksanakan Lawatan Kerja Rasmi beliau ke Depoh Materiel Utama (DMU), Pangkalan Udara Subang. Ketibaan beliau telah disambut oleh Pegawai Memerintah DMU Kol Amran bin Hassan TUDM serta pegawai kanan DMU.
Tujuan utama lawatan kerja ini bagi melihat aspek pelaksanaan logistik dalam memperkasakan fungsi TUDM agar kesiapsiagaan operasi TUDM dapat dijalankan dengan lebih efisien. Panglima Bantuan Udara telah diberi taklimat mengenai laporan keadaan semasa DMU serta cabaran dan kekangan yang dihadapi.
Dalam rangka lawatan kerja ini, Panglima Bantuan Udara telah dibawa ke Gudang Automated Storage and Retrieval System (ASRS) dan melihat sendiri proses ASRS dijalankan serta status penambahbaikan sistem ASRS. Selain itu, Panglima Bantuan Udara dan delegasi lawatan telah dibawa ke Gudang D bagi melihat komponen berstatus R-Stock dan Gudang Edaran. Semasa di Gudang Edaran, beliau telah diberi taklimat gerak kerja komponen kapal diterima dan diedarkan kepada unit yang berkaitan.
Sepanjang lawatan ini, Panglima Bantuan Udara telah meninjau dan mengenal pasti kekangan serta cabaran yang dihadapi oleh unit-unit yang berkaitan dengan pengurusan Markas Pemerintahan Bantuan Udara bagi memastikan penyelenggaraan setiap pesawat tidak terjejas. Semoga dengan rangka lawatan kali ini dapat membantu dalam permasalahan yang dihadapi oleh unit-unit di bawah naungan MPBU.