LAWATAN KERJA PANGLIMA BANTUAN UDARA KE DEPOH MATERIEL UTAMA

1 1 3 2

 

SUBANG, 16 Feb 21 - Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah melaksanakan Lawatan Kerja Rasmi beliau ke Depoh Materiel Utama (DMU), Pangkalan Udara Subang. Ketibaan beliau telah disambut oleh Pegawai Memerintah DMU, Kol Gopalan a/l Manickam TUDM serta pegawai kanan DMU.

Lawatan kerja ini diadakan bertujuan untuk melihat aspek pelaksaan logistik dalam memperkasakan fungsi TUDM agar kesiapsiagaan operasi TUDM dapat dijalankan dengan lebih efisien. Terlebih dahulu, Panglima Bantuan Udara telah diberikan taklimat berkenaan laporan semasa DMU serta cabaran dan kekangan yang dihadapi.

Dalam rangka lawatan kerja ini, Panglima Bantuan Udara telah dibawa melawat ke Gudang Edaran DMU dan beliau telah diberi taklimat mengenai gerak kerja keperluan komponen kapal diterima dan diedarkan kepada unit yang berkaitan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer