GONG KEDAK, 1 Ogos 23 - Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Nor Azmi bin Abdul Rahman TUDM telah mengadakan Lawatan Kerja ke Pangkalan Udara Gong Kedak. Lawatan ini turut disertai oleh PS 1 Materiel, Lt Kol Jafri bin Mohd Isa TUDM dan delegasi ini telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM dan barisan eksekutif pangkalan. Lawatan kerja ini telah berlangsung selama dua (2) hari bermula pada 31 Jul hingga 1 Ogos 23.
Sebaik ketibaan, AKS Materiel telah mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kuarter seterusnya menandatangani buku lawatan di Markas Pangkalan. Lawatan diteruskan dengan lawatan ke Cawangan Materiel. Beliau telah menandatangani buku lawatan dan seterusnya ke Bilik Mesyuarat Cawangan Materiel bagi sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Cawangan Materiel, Lt Kol Mohd Zaily Hatta bin Mohd Jelani TUDM.
Selesai sesi taklimat, Asisten Ketua Staf Materiel telah meneruskan lawatan kerja beliau ke unit-unit dibawah naungan Depoh Materiel Udara (DMU) iaitu MATRA 3 dan Terminal Peluru 4. Lawatan ini bertujuan untuk melihat tahap kesiapsiagaan unit tersebut dalam mendokong keperluan operasi TUDM.
Lawatan kerja ini diakhiri pada hari berikutnya dengan sesi dialog antara Asisten Ketua Staff Materiel, Brig Jen Nor Azmi bin Abdul Rahman TUDM bersama anggota-anggota Cawangan Materiel yang bertempat di MATRA 3. Sesi dialog ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan anggota selain mengenal pasti kekangan dan cabaran oleh anggota.