LAWATAN KERJA ASISTEN KETUA STAF MATERIEL KE PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

DSC 0002 DSC 0005 DSC 0006
DSC 0009 DSC 0012 DSC 0015
DSC 0016 DSC 0020 DSC 0023

 

GONG KEDAK, 22 Jul 22- Asisten Ketua Staf Materiel, Mej Jen Dato' Zainal bin Abdul Manaf TUDM telah mengadakan Lawatan Kerja ke Pangkalan Udara Gong Kedak. Ketibaan beliau telah disambut Eksekutif Pangkalan di Markas Pangkalan Udara Gong Kedak.

Lawatan AKS Materiel dimulakan dengan menandatangani buku lawatan di Markas Pangkalan dan sesi bergambar serta kunjungan hormat ke atas Komander Pangkalan, Kol Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM di pejabat Komander Pangkalan.

Lawatan kerja ini diteruskan ke Cawangan Materiel. Selesai menandatangani buku lawatan, satu gimik persembahan Penyerahan serta Perasmian "Blue Book Gong Kedak Air Base" telah dipertontonkan kepada delegasi lawatan kerja tersebut. Seterusnya, AKS Materiel telah dibawa melawat dan diberi taklimat berkenaan pengoperasian serta pentadbiran Cawangan Materiel, Terminal Peluru 4 dan MATRA 3.

Turut serta dalam lawatan ini ialah Ketua Cawangan Materiel, Mej Mohd Zaily Hatta bin Mohd Jelani TUDM; Ketua Terminal Peluru 4, Mej Sameri bin Che Mamat TUDM dan Ketua MATRA 3, Mej Syed Mohd Iqbal bin Syed Mohamad TUDM.

 

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer