LAWATAN KERJA ANGGARAN BELANJAWAN MENGURUS KE SKUADRON 330 TUDM & KOMPLEKS RADAR GUNUNG NGILI

1 2 3
4 5 6

 

KOTA SAMARAHAN, 23 Jun 23 - Lawatan kerja ke Skuadron 330 TUDM & Kompleks Radar Gunung Ngili dari Anggaran Belanjawan Mengurus yang diketuai oleh YBrs Dr Mohd Bakhari bin Ismail Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan). Lawatan TKSU turut disertai bersama-sama _Budget Review Officer_ dari Kementerian Kewangan, En Zulkhairil Amar bin Mohamad, Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM dan Pegawai-pegawai MTU Belanjawan.

Dalam aturcara lawatan ini, delegasi lawatan telah bergerak menaiki Pesawat EC725AP yang terbangkan oleh Mej Farid TUDM dibantu oleh Kapt Ismail sebagai pembantu juruterbang dari PU Kuching untuk membuat lawatan ke Skuadron 330 TUDM dan seterusnya ke Kompleks Radar Gunung Ngili.

Objektif lawatan ini dilaksanakan adalah sebagai satu platform untuk Pejabat Belanjawan Negara memperhalusi dan mempertimbangkan permohonan Anggaran Perbelanjaan Mengurus bagi Tahun 2024. Delegasi lawatan telah dibawa melawat serta melihat sendiri permasalahan Chiller skuadron serta tanah mendap di jalan utama Kompleks Radar Gunung Ngili.

Dikesempatan lawatan ini juga, Lt Kol Zainal Abidin bin Yahia @ Yahaya TUDM, Pegawai Memerintah Skn 330 TUDM berpeluang menerangkan peranan & tanggungjawab serta kepentingan pengoperasian Skn 330 TUDM didalam Wilayah Udara 2 amnya TUDM khasnya.