LAWATAN KEBAJIKAN PENGERUSI BAKAT INSTAR

1

SENDAYAN, 24 Nov 20 – Puan Rahimah binti Daud, Pengerusi BAKAT Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah sudi mengunjung ke lawatan kebajikan kepada Aunni Qurratunnasyifa binti Mohd Fazlee iaitu anak kepada Kpl U (W) Suhaima binti Sulaiman yang bertugas sebagai Jurulatih INSTAR. Beliau telah ditimpa musibah dan mengalami kecederaan retak kaki kanan. Turut hadir Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM bersama pegawai, jurulatih serta ahli BAKAT INSTAR.

Pengerusi BAKAT serta Pegawai Memerintah INSTAR turut menyampaikan sumbangan kepada adik Aunni Qurratunnasyifa binti Mohd Fazlee. Warga BAKAT INSTAR mendoakan semoga beliau kembali sembuh dan pulih sepenuhnya.