LAWATAN KEBAJIKAN PEGAWAI MEMERINTAH INSTAR

1

SENDAYAN, 11 Nov 20 – Pegawai Memerintah Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM bersama pegawai, jurulatih dan staf INSTAR telah mengadakan lawatan kebajikan bagi menziarahi LU I Azrul Shafiq bin Azhar di Blok Bujang PU Sendayan.

LU I Azrul Shafiq bin Azhar yang bertugas sebagai anggota tadbir di Pejabat Pegawai Memerintah INSTAR telah mengalami kecederaan di kaki kiri akibat tergelincir semasa perjalanan pulang ke blok penginapan anggota bujang PU Sendayan.

Pegawai Memerintah INSTAR turut menyampaikan sumbangan kepada LU I Azrul Shafiq bin Azhar. Warga INSTAR mendoakan semoga beliau kembali sembuh dan pulih sepenuhnya.