LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS WARGA UDARA PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

1 2 3
4 5 7

 

GONG KEDAK, 13 Sep 22 - Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM mewakili Panglima Tentera Udara telah membuat lawatan kebajikan dengan diiringi oleh Kol Khairudin bin Ghazaly TUDM, Pengarah Perhidmatan di RKAT PU Gong Kedak ke atas Kpl U Mohammad Noor Al Hafiz bin Tumiran yang menghidapi masalah kegagalan fungsi buah pinggang tahap 5 dan lawatan kebajikan ke atas adik Syed Muhammad Umar bin Syed Mohd Iqbal berusia 8 tahun iaitu anak kepada Mej Syed Mohd Iqbal bin Syed Mohamad TUDM yang merupakan anak istimewa.

Sumbangan Kebajikan yang disampaikan adalah daripada Tabung Kebajikan TUDM bagi membantu mengurangkan sedikit beban kewangan yang ditanggung oleh anggota disamping mengetahui keadaan dan permasalahan yang dialami agar kebajikan anggota serta keluaga dapat dijaga. Turut menyambut dan mengiringi lawatan kebajikan ini ialah Kol Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM , Komander Pangkalan Udara Gong Kedak dan Mej Azila bt Hj Abdullah TUDM, PS 2 Kebajikan TUDM.

Seluruh warga TUDM turut mendoakan agar diberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan jiwa kepada Warga Udara yang diuji dengan ujian kesihatan dan dikurniakan anak istimewa. Semoga dipermudahkan urusan rawatan perubatan serta dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.

#SentiasaDiAngkasaRaya
#Kebajikan
#WargaUdara
#TabungKebajikanTUDM

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer