KUALA LUMPUR, 23 Dis 22 - Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM mewakili Panglima Tentera Udara telah membuat lawatan kebajikan ke atas Mej Jen Dato' Hj Toharudin bin Ab Rasid TUDM (Bersara) yang mendapat rawatan atas masalah kesukaran pada sistem penghadaman atau secara perubatan akibat “Altered Bowel Habit & Gerd” di Hospital Tuanku Mizan (HAT Mizan) Kuala Lumpur. Keadaan beliau dilaporkan stabil namun masih di dalam pengawasan pegawai perubatan.
Selain daripada itu, AKS Tadbir yang turut diiringi isteri, Puan Mazilawati binti Musa turut melawat Lt Kol Hj Roslan bin Al Mustaffa TUDM di Wad Orthopedik HAT Mizan kerana pegawai mengalami patah kaki kiri (Left Femur). Semasa lawatan, Lt Kol Hj Roslan yang ditemani isteri, Puan Hjh Latifah binti Saad berada di dalam keadaan stabil. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah PS 2 Kebajikan TUDM, Mej Azila bt Hj Abdullah TUDM.
Seluruh warga TUDM turut mendoakan agar kedua-duanya dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT dan dipermudahkan urusan menjalani rawatan perubatan.
#SentiasaDiAngkasaRaya
#SelKebajikan
#WargaUdara
#TonggakKeenamKebajikanSosialDanKelestarianWarga