SUBANG, 8 Jan 21 – Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM bersama isteri, Datin Wan Nor Sazlina bt Wan Abd Shukor serta Pegawai Bakat MPBU dan anggota telah membuat Lawatan Kebajikan ke atas Kpl U Muhammad Zulhilmy bin Ismail yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 13 Julai 2020. Anggota yang bertugas di Depoh Material Utama Pangkalan Udara Subang kini dirawat di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Pangkalan Udara Subang.
Panglima Bantuan Udara turut menyerahkan cek sumbangan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera serta buah tangan kepada waris anggota terbabit. Seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia mendoakan agar Kpl U Muhammad Zulhilmy bin Ismail kembali pulih seperti sedia kala.