KUCHING, 1 Apr 22 – Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Hj Shamsudin bin Kassim TUDM bersama delegasi telah mengadakan lawatan dan pemeriksaan tahunan ke atas Pangkalan Udara Kuching bermula 28 Mac hingga 1 Apr 22.
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melaksanakan pemeriksaan terhadap kesiagaan operasi dan kecekapan setiap anggota (Operational Readiness and Personnel Competency) di bawah pemerintahan Markas Wilayah Udara 2. Pemeriksaan dimulakan dengan Taklimat Pra-Audit oleh Komander Pangkalan, Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM bertempat di Dewan Setia, PU Kuching. Skop pemeriksaan adalah fokus kepada tiga kriteria utama iaitu Keselamatan, Kesiagaan dan Pengurusan.