PACAF Para Rescue Team dan Combat Search and Rescue Pasukan Khas Udara (CSAR PASKAU) telah melaksanakan “Search and Rescue Over the Sea” untuk mencari mangsa yang terselamat (survivor) di tengah laut dalam Eks Pacific Angel 22-2. Latihan ini dilaksankan dengan menggugurkan bot penyelamat pada ketinggian 4500 kaki diikuti dengan lima (5) penerjun daripada kedua-dua pasukan.
Seterusnya, Latihan “Life Hoisting Over the Sea” melibatkan lima (5) Anggota PACAF Para Rescue dan empat (4) anggota CSAR PASKAU dengan menggunakan peralatan Transaco Stretcher dan Nato Strop bagi menyelamatkan mangsa yang mengalami kecederaan parah di kawasan perairan menggunakan helikopter EC 725 AP dari No 10 Skn.