KUANTAN, 8 Sep 23 - Sekolah Latihan Tempur TUDM (SLTT) telah memasuki fasa akhir bagi penilaian penuntut untuk latihan penerjunan sebenar bagi ketiga-tiga kursus yang sedang dikendalikan oleh Flait Latihan Para SLTT di Drop Zone (DZ) Pangkalan Udara Kuantan.
Kursus yang berlangsung mulai 7 Ogos 23 di Pangkalan Udara Jugra telah dihadiri oleh Pegawai dan Anggota Lain-lain Pangkat daripada Pasukan Khas TUDM (PASKAU), 11 Rejimen Gerak Khas, Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan 10 Bgd Para yang terdiri daripada 2 Pegawai dan 25 Anggota Lain-lain Pangkat.
Latihan penerjunan sebenar yang sedang dijalankan telah diketuai oleh Mej Zawir bin Mahamud TUDM selaku Ketua Flait Latihan Para SLTT melibatkan seramai 60 penerjun termasuk penerjun daripada Persatuan Payung Terjun TUDM, RMAF Golden Eagle Skydive dengan menggunakan pesawat EC 725 AP dari No 10 Skn di ketinggian 10,000 kaki.
Turut sama meluangkan masa mengikuti latihan penerjunan sebenar adalah Pegawai Memerintah SLTT, Lt Kol Raymond bin Radsung TUDM. Beliau juga turut membuat penilaian bagi terjunan bebas terhadap penuntut KTBT iaitu Mej Basir bin Idris TUDM.