GONG KEDAK, 28 Jul 22 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Latihan Menembak Senjata Rifel M4 Carbine dan Pump Gun (peluru 12 Bore No 6) bertempat di Lapang Sasar Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Lembah Bidong, Setiu, Terengganu selama 4 hari bermula 25 hingga 28 Julai 2022.
Latihan ini dijalankan secara berperingkat bagi membolehkan semua anggota dapat menyertai latihan ini. Praktis latihan yang diadakan adalah menembak target bagi pelarasan dan praktis dijarak 100m serta menembak piring di jarak sasaran 100m. Selain itu juga, latihan menembak senjata “Pump Gun” (peluru 12 “Bore” No 6) juga dilaksanakan kepada anggota “Pest Control” Pangkalan.
Objektif utama latihan adalah untuk menentukan setiap anggota meningkatkan kecekapan dan kemahiran serta mempraktikkan penggunaan Senjata M4 “Carbine” dan “Pump Gun” semasa bertugas atau semasa di dalam latihan ketenteraan. Selain itu, latihan menembak ini juga dapat memastikan senjata dalam pegangan Amri Pangkalan dapat berfungsi dengan baik dan sentiasa siapsiaga apabila diperlukan jika berlaku ancaman musuh.
Seterusnya, Pegawai Eksekutif Pangkalan, Lt Kol Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM, Eksekutif Pangkalan dan Pegawai-pegawai serta Anggota Lain-lain Pangkat juga telah hadir di hari terakhir latihan.
Latihan diakhiri dengan penyampaian hadiah trofi bagi kategori Pegawai dan Anggota LLP yang mendapat markah tertinggi. Johan kategori Pegawai dimenangi oleh Mej Mohd Rizal bin Abd Malik TUDM manakala Naib Johan pula adalah Lt Kol Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM. Bagi kategori LLP, Johan dimenangi oleh PWU I Nurashid bin Arifin manakala Naib Johan adalah PW U II Md Aizani bin Sudin. Selain itu bagi acara pertandingan jatuh piring, Johan bagi kategori Eksekutif dimenangi oleh Lt Kol Suhardi bin Mohd Daud TUDM bersama Kapt Mohd Syukran Helmy bin Abdul Jalil TUDM.