LABUAN, 10 Jan 23 – Satu latihan Dinghy Drill & Wet Winching anjuran Bahagian Latih Pangkalan Udara Labuan telah dilaksanakan bertempat di Pantai Tanjung Purun. Seramai 91 Anak kapal dari No 5 Skn, No 6 Skn dan No 14 Skn mengambil bahagian di dalam latihan ini. Tujuan utama latihan ini adalah untuk mengekalkan tahap pengetahuan dan kesiagaan semua anak kapal Skuadron Penerbangan mengendalikan situasi kecemasan di perairan. Program ini dibantu oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Zon Labuan untuk pengendalian bot keselamatan semasa latihan wet winching bagi tujuan keselamatan anak kapal sepanjang latihan berlangsung.
Selain itu, latihan tahunan ini juga diselitkan dengan Program Jiwa Murni iaitu membersihkan kawasan Pantai Tanjung Purun dari sampah-sampah yang terdapat di sepanjang persisiran pantai tersebut. Objektif utama program ini adalah untuk memperkasa rasa tanggungjawab anggota TUDM terhadap kebersihan alam sekitar dalam mewujudkan suasana selesa kepada masyarakat sejagat.