KAMPUNG RAJA, 21 Jul 23 – Satu latihan Dinghy Drill dan Program Jiwa Murni anjuran No. 12 Skn telah dilaksanakan bertempat di Pantai Bukit Kluang. Aktiviti ini disertai oleh anak kapal No. 12 Skn dan turut dibantu oleh anggota tred PAPKES.
Latihan Dinghy Drill dijalankan bertujuan untuk mengekalkan tahap pengetahuan dan kesiagaan semua anak kapal dalam mengendalikan situasi kecemasan di perairan. Justeru, anak kapal dapat bertindak secara drastik dan praktikal sekiranya berlakunya kecemasan di kawasan perairan.
Selain itu, latihan ini juga diselitkan dengan Program Jiwa Murni iaitu membersihkan kawasan Pantai Bukit Kluang dari sampah-sampah yang terdapat di sepanjang persisiran pantai tersebut. Objektif utama program ini adalah untuk memperkasa rasa tanggungjawab anggota TUDM terhadap kebersihan alam sekitar dalam mewujudkan suasana selesa kepada masyarakat sejagat.
Aktiviti yang dijalankan ditutup dengan Majlis Happy Hour. Majlis ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan serta dapat membentuk nilai kekeluargaan diantara satu sama lain.