LARIAN 10 KM CHALLENGE DAN PENUTUP SUKAN INSMAT TUDM KINRARA BAGI TAHUN 2024

WhatsApp Image 2024 11 29 at 132212 2 WhatsApp Image 2024 11 29 at 132205 WhatsApp Image 2024 11 29 at 132205 1
WhatsApp Image 2024 11 29 at 132206 WhatsApp Image 2024 11 29 at 132206 1 WhatsApp Image 2024 11 29 at 132206 2
WhatsApp Image 2024 11 29 at 132206 3 WhatsApp Image 2024 11 29 at 132207 WhatsApp Image 2024 11 29 at 132209
WhatsApp Image 2024 11 29 at 132212 WhatsApp Image 2024 11 29 at 132212 1 WhatsApp Image 2024 11 29 at 132213

 

KINRARA, 29 Nov 2024 - Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) TUDM Kinrara telah menganjurkan Larian 10 KM Challenge dan Penutup Sukan bagi tahun 2024 bertempat di INSMAT TUDM Kinrara.

Larian ini telah dilaksanakan di sekitar perimeter INSMAT, yang melibatkan penyertaan YBhg Mej Mohd Rashidy bin Zulkifi TUDM, Pemangku Pegawai Memerintah INSMAT, Kapt Mohamad Razif bin Razali TUDM, Ketua Cawang Kesiagaan Latihan, pegawai-pegawai, jurulatih-jurulatih, staf-staf serta peserta-peserta kursus INSMAT.

WhatsApp Image 2024 11 29 at 132210 WhatsApp Image 2024 11 29 at 132210 1 WhatsApp Image 2024 11 29 at 132210 2
WhatsApp Image 2024 11 29 at 132210 3 WhatsApp Image 2024 11 29 at 132213 1 WhatsApp Image 2024 11 29 at 132214
WhatsApp Image 2024 11 29 at 132211 1 WhatsApp Image 2024 11 29 at 132211 WhatsApp Image 2024 11 29 at 132211 2

 

Acara telah dimulakan dengan taklimat keselamatan, dan sesi pemanasan badan yang dipimpin oleh Jurulatih Jasmani INSMAT. Pelepasan larian telah disempurnakan oleh YBhg Pemangku Pegawai Memerintah INSMAT. Turut hadir sebagai bantuan perubatan dan bantuan jurulatih jasmani adalah wakil daripada 819 RSAT PU Subang dan Cawang Jasmani PU Subang.

Dalam ucapan penutup, Pemangku Pegawai Memerintah berkata objektif utama bagi penganjuran acara sukan ini adalah untuk memupuk semangat ukhwah dan kebersamaan dalam kalangan warga INSMAT dan peserta kursus. Sebagai sebuah pusat latihan, INSMAT sentiasa menekankan kepentingan keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan kecergasan fizikal. Aktitviti seperti ini sangat penting untuk memastikan semua staf serta pelatih kursus berkembang sebagai individu yang sihat,seimbang dan mampu menghadapi cabaran masa hadapan.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan larian dan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Larian 10 KM Challenge Tahun 2024.