KUALA LUMPUR, 27 SEP 23 – Asistan Ketua Staf Materiel, Brig Jen Nor Azmi bin Abdul Rahman TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Performance Based Contracting (PBC) Siri 1/2023 di Dewan Minda 1, Wisma Perwira ATM pada 27 Sep 23.
Kursus selama tiga (3) hari ini telah berlansung bermula 25 hingga 27 Sep 23 dan dihadiri oleh 29 peserta pegawai daripada Cawangan Materiel, Cawangan Kejuruteraan dan Bahagian Perolehan, KEMENTAH. Peserta kursus telah mempelajari modul Pembangunan dan pelaksanaan kontrak yang berkonsepkan Performance Based Contracting (PBC) seperti berikut:
Module 01 - Revision and Introduction
Module 02 - Motivating Behaviour
Module 03 - Establishing the Outcome of the Arrangement
Module 04 - Defining the Performance Measures
Module 05 - Establishing the Performance Levels
Module 06 - Defining the Payment Regime
Module 07 - Defining the Incentive Regime
Module 08 - Writing a Performance Based Contract
Module 09 - Conducting a Performance Based Contracting Tender Evaluation
Module 10 - Negotiating a Performance Management Framework
Module 11 - Managing a Performance Based Contract
Module 12 - Key Success Factors for Performance Contracts – Lessons Learnt
Kursus ini telah dianjurkan oleh Sel Performance Based management (PBM), Bahagian Materiel dengan menjemput Penceramah, Mr James Mico daripada Capability Acquisition & Sustainment Group (CASG), Australia. CASG merupakan Centre of Excellent di Australia. Beliau telah menerangkan konsep PBC yang telah dilaksanakan di Australia secara khususnya dan secara global oleh pelbagai negara.
Beliau turut menekankan bahawa perkara yang penting bagi pelaksanaan PBC adalah komunikasi antara pihak Kerajaan dan Syarikat bagi menjayakan keberhasilan (outcomes) yang ingin dicapai.
Dalam ucapan Asistan Ketua Staf Materiel, beliau menyarankan supaya peserta-peserta dapat mengimplimentasikan serta mengembangkan pengetahuan ini kepada semua peringkat pegawai dan anggota. Para peserta juga berperanan sebagai agen untuk mendukung pelaksanaan konsep kontrak senggaraan secara PBC malah mampu mengoptimumkan perbelanjaan organisasi dalam mengekalkan keupayaan aset yang strategik dan bernilai tinggi.
Kursus ini akan menjadi program tahunan bagi TUDM agar dapat memperkembangkan lagi pengetahuan dan penguasaan terhadap pelaksanaan Kontrak Berasaskan Prestasi ini.