KUALA LUMPUR, 13 Sep 24 - MTU Inspektorat TUDM selaku Sekretariat Kursus Keselamatan TUDM dengan jayanya telah menganjurkan Kursus Pegawai Keselamatan Siri 86/2024 bertempat di Hotel The Pearl Kuala Lumpur.
Kursus yang bermula dari 2 Sep hingga 13 Sep 2024 ini dihadiri seramai 30 orang pegawai dari TUDM, TDM, TLDM, Polis Diraja Malaysia dan setiap seorang peserta luar negara dari Philippines Air Force, Royal Thai Air Force dan Tentara Nasional Indonesia - Angkatan Udara.
Sepanjang kursus ini, peserta telah didedahkan dengan Konsep Asas Keselamatan merangkumi RMAF Safety Roles and Organization, Safety Management System (SMS), Safety Risk Management (SRM) dan Keselamatan Penerbangan (Flight Safety). Bagi modul praktikal pula, semua peserta di bawa ke Pangkalan Udara Subang untuk melaksanakan amali Kajian Keselamatan (Safety Survey). Sementara itu, bagi sesi Lawatan Keselamatan (Safety Visit) pula, para peserta telah dibawa ke Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) di bahagian AFRS di KLIA untuk meninjau dengan lebih dekat lagi pelaksanaan keselamatan kerja yang dipraktikkan oleh agensi lain. Di akhir kursus, para peserta telah diuji dengan Summative Knowledge Assessment (SKA) dan pembentangan Kajian Keselamatan secara berkumpulan bagi memastikan setiap pembelajaran difahami dengan baik dan jelas yang bakal peserta praktikkan di unit kelak.
Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Inspektor Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM.