KURSUS LOGISTIC SUPPORT MANAGEMENT 2024

5 Gp 2 4 Gp 2 6 Gp 2
7 Gp 2 closing ceremony Gp 2 1 Tim Gp 2
2 Tim Gp 2 3 Tim Gp 2

 

Kursus Logistic Support Management 2024 telah berjaya disempurnakan dalam dua(2) siri yang diadakan di INSMAT, TUDM Kinrara mulai bulan September hingga Oktober 2024. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kolaborasi antara Pilatus Aircraft Ltd dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dan ditaja sepenuhnya oleh Pilatus melalui Industrial Collaboration Program (ICP) di bawah kontrak The Supply of Articles and Services Pertaining to RMAF PC-7 and PC-7 MKII Trainer Aircraft. Program ini telah dikoordinasikan oleh Mej Ts. Mohd Saiful Azli bin Sulong TUDM dari MTU-Materiel dan Syarikat Bakti Udara. Seramai 15 peserta terlibat dalam kursus ini, terdiri daripada 11 pegawai TUDM, 2 wakil AIROD, dan 2 wakil ZETRO

Siri pertama kursus ini diadakan pada 23 hingga 27 Sep 24 dengan memberi tumpuan kepada modul Warehouse Management, Inventory Management, dan Transport Management. Siri kedua pula diadakan pada 30 Sep hingga 25 Okt 24 meliputi modul Integrate Logistic Support, Availability-Based Contracting, Contract Management, Supplier Relationship Management, Obsolescence Management, dan Project Management. Majlis penutup disempurnakan oleh PS 1 Performance Based Management (PBM), Lt Kol Md Hazamani bin Musa TUDM. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Director Industrial Participation dari Pilatus Aircraft Ltd, Johan Van Nieuwenhuizen, General Manager Bakti Udara, Lt Kol Zainudin bin Sahak TUDM (Bersara), serta Pemangku Pegawai Memerintah INSMAT, Mej Mohd Rashidy bin Zulkifli TUDM.

Kursus ini diharap dapat meningkatkan kemahiran pengurusan logistik pegawai-pegawai yang terlibat, khususnya dalam menyokong pengendalian pesawat dan aset TUDM, sekali gus memperkukuh keberkesanan pengurusan aset logistik TUDM.