TANJUNG BUNGAH, 27 Ogos 22 – Sekolah Kulinari dan Hospitaliti (SKH), Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah berjaya menganjurkan dua (2) kursus kulinari bertempat di Kolej Komuniti yang terpilih.
Kursus pertama iaitu Kursus Ice Carving yang dijalankan di Kolej Komuniti Selayang, Selangor manakala kursus kedua pula ialah Kursus Pastry and Bakery yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Bayan Baru, Pulau Pinang. Kedua-dua kursus ini melibatkan para penuntut dari Kursus Pembantu Sajian Peningkatan Kelas I dan Kursus Pembantu Sajian Kelas I.
Selain itu, kedua-dua kursus ini turut disertai oleh para jurulatih SKH. Penganjuran kursus-kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kemahiran anggota Chef Tentera dalam bidang ukiran ais dan pembuatan roti. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan oleh semua penuntut dalam majlis-majlis rasmi anjuran perkhidmatan dan unit selepas mereka pulang ke unit masing-masing.