KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI STAF 1 BOMBA, MARKAS PEMERINTAHAN OPERASI UDARA (MPOU) - A5 KE ATAS KOMANDER PANGKALAN UDARA SUBANG

DSC 0713 DSC 0720 DSC 0721

 

SUBANG, 19 Feb 25 – Komander Pangkalan, Pangkalan Udara Subang, Brigadier Jeneral Yusri bin Jamari TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Staf 1 Bomba Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) A5, Lt Kol Muhamd Nasir bin Muhamad TUDM di pejabat beliau hari ini.

Dalam kunjungan hormat berkenaan, PS 1 Bomba MPOU - A5 turut membincangkan mengenai perancangan serta hala tuju perolehan Kenderaan Khas bomba, Kenderaan Sapu Landasan dan Kenderaan Gunasama.

Selain itu, turut dibincangkan mengenai hal khidmat masyarakat yang sering diberikan oleh Cawangan Bomba PU Subang seperti menangkap ular, menyelamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan serta menyelamatkan mangsa terperangkap di dalam lif.

Turut serta dalam kunjungan hormat berkenaan adalah Ketua Cawangan Bomba PU Subang, Lt Aiman Nasharuddin bin Ahmad Nawawi TUDM dan PW Bomba PU Subang, PW U I Sivakumar a/l M.Muniandy

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer