KUALA LUMPUR, 23 Disember 2020 – Pegawai Memerintah Markas Tentera Udara (MTU), Brig Jen Dato' Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Mantan Pengarah Pasukan Simpanan Tentera Udara (PSTU), Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM yang kini telah bertukar keluar ke Pangkalan Udara Sendayan dan menjawat jawatan sebagai Komander Pangkalan.
Dalam kunjungan tersebut, Pegawai Memerintah MTU menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM di atas kerjasama yang diberikan semasa beliau menjawat jawatan Pengarah PSTU.