GONG KEDAK, 11 Okt 21 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah melaksanakan Program Kolaborasi di antara pihak Tentera Udara DiRaja Malaysia dan Aerospace Technology System Corporation (ATSC) Sdn Bhd dalam senggaraan “ Preventive And Restoration Work ”- (PRW) Pesawat Sukhoi SU-30MKM.
Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM dengan simbolik menandatangani Sijil Penyerahan peserta kolaborasi “Preventive And Restoration Work” TUDM dengan Lt Kol (B) Pidrus bin Hassan TUDM – Head of Division Sukhoi Techical Centre ATSC Sdn Bhd. Majlis telah disaksikan oleh Ketua Cawangan Kejuruteraan PUGK; Lt Kol Suhardi bin Mohd Daud TUDM dan wakil daripada Markas Wilayah Udara 1;Mej Abd Farid bin Kamaluddin TUDM.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kerja jurutera dan juruteknik pesawat SU-30MKM dalam melaksanakan kategori “Extensive Structural Inspection and Repair” pihak TUDM dengan kerjasama Syarikat ATSC Sdn Bhd akan berkolaborasi secara “Smart Partnership” bagi melaksanakan kerja-kerja PRW ke atas pesawat SU-30MKM.
Selain itu juga, program dilaksanakan bagi meningkatkan kompetensi dan “Skill Level” jurutera dan juruteknik pesawat Sukhoi SU-30MKM dalam melaksanakan aktiviti senggaraan ke atas pesawat dan seterusnya menghasilkan jurutera dan juruteknik yang berkualiti dan berdaya maju.