BUTTERWORTH, 20 Jul 22 - Barisan jurulatih Sekolah Kulinari dan Hospitaliti (SKH) yang diketuai oleh Kapt Muhammad Izni bin Zainudin TUDM telah memenuhi undangan Biro Resepsi BAKAT Pangkalan Udara Butterworth bagi menjayakan penganjuran kelas Etika dan Persiapan di Meja Makan bersama ahli BAKAT pangkalan.
Timbalan Pengerusi BAKAT Pangkalan Udara Butterworth, Puan Norazmah binti Othman bersama 20 orang ahli BAKAT pangkalan menyertai kelas ini yang telah diadakan di Rumah BAKAT pangkalan. Dalam sesi yang berlangsung selama hampir 3 jam, pihak SKH menyampaikan taklimat berkaitan etika di meja makan semasa menghadiri majlis-majlis rasmi anjuran perkhidmatan dan pangkalan. Selain itu, latihan praktikal ringkas oleh ahli BAKAT di bawah bimbingan para jurulatih SKH mengenai cara susun atur peralatan di atas meja makan turut dilaksanakan. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli-ahli BAKAT yang hadir.