SUBANG, 9 Jun 23 – Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Dan Perasmian Kejohanan Mini Olimpik (KMO) Tahun 2023 yang berlangsung dengan penuh kemeriahan di Padang Bola Pangkalan Udara Subang
Majlis ini turut disaksikan oleh pegawai dan anggota LLP pangkalan. Sebanyak enam (6) pasukan yang bertanding iaitu Gabungan No. 2 Skuadron dan Cawangan Kejuruteraan; Gabungan No. 16 Skuadron, PLTT Angkut dan Cawangan Operasi, No. 8 Skuadron, No. 20 Skuadron; Gabungan Cawangan Materiel, Cawangan Bomba, PUSPEKA dan JKR, dan yang terakhir ialah Gabungan Cawangan Tadbir dan Skuadron 211 Handau. Kejohanan pada tahun ini akan mempertandingkan sebanyak 16 acara.
Upacara pembukaan diserikan lagi dengan perlawanan akhir bola sepak di antara No. 8 Skuadron menentang Gabungan No. 2 Skuadron dan Cawangan Kejuruteraan. Perlawanan ini dimenangi oleh pasukan No. 8 Skuadron.