KUALA LUMPUR, 14 Apr 23 – Tanggal 23 Ramadan 1444H menjadi detik yang meninggalkan sejarah tersendiri buat warga TUDM di Markas Tentera Udara dan secara peribadi kepada Mej Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM kerana secara rasmi beliau menyerahkan tugas sebagai Pengarah Sekretariat MTU kepada penggantinya iaitu Lt Kol Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM.
Usai Upacara Serah Terima Tugas Pengarah Sekretariat MTU yang disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, beliau meluangkan masa bertemu dan menyantuni warga Sekretariat MTU bagi menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan beliau kepada seluruh warga Sekretariat MTU yang telah bersama-sama beliau sejak 8 tahun lalu beliau memegang jawatan Ketua Pengarah Sekretariat meskipun telah ramai yang bertukar keluar dan masuk.
Beliau menitipkan pesanan agar semua meneruskan kecemerlangan dan dedikasi kerja dengan terbaik dan ikhlas demi organisasi TUDM serta memberikan mutu kerja yang terbaik serta bersama-sama meneruskan kecemerlangan Sekretariat MTU dengan Pengarah Sekretariat yang baharu.
Sebelum meninggalkan pejabat, beliau diraikan secara sederhana dengan “street lining’ sebagai simbolik bagi acara “send off’” oleh warga Sekretariat dan melalui Kumpulan Kawalan Kuarter Markas Tentera Udara menandakan hari terakhir beliau bertugas di Markas Tentera Udara.