EMPAT PEGAWAI TUDM ANTARA PENERIMA PINGAT PERTUBUHAN NEGARA BANGSA-BANGSA BERSATU (PNBB)

1 2 3
4 5 6

 

KUANTAN, 16 Feb 22 – Empat (4) Pegawai TUDM adalah di antara penerima Pingat Pertubuhan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) yang disempurnakan pemakaian pingat PNBB oleh Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad yang diadakan di Markas Angkatan Bersama, Kuantan, hari ini.

Pemakaian pingat PNBB ini dianugerahkan kepada Pegawai Pemerhati Tentera (PPT) dan Pegawai Staf Tentera (PST) yang telah berjaya melaksanakan dan menamatkan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama setahun di negara-negara di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Misi-misi yang telah berjaya dilaksanakan adalah United Nations Mission for The Referendum in Western Sahara (MINURSO), United Nations Organization Stabilization Mission in The Democratic Republic of Congo (MONUSCO) dan United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).

7 8 9
10 11 12

 

Keseluruhan hari ini, seramai sembilan (9) orang pegawai dan dua (2) anggota lain-lain pangkat (LLP) dari Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada lima (5) dari Tentera Darat, dua (2) dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan empat (4) dari Tentera Udara Diraja Malaysia telah menerima pingat PNBB. Empat pegawai TUDM yang dianugerahkan pingat PNBB adalah:

1. Lt Kol Norizan binti Wahab TUDM (MINURSO).

2. Mej Meor Ahmad Sharifuddin bin Meor Mohamed TUDM (MINURSO).

3. Mej Ahmad Farouq bin Amir TUDM (MINURSO).

4. Mej Syakirah binti Ahmad TUDM (MONUSCO).

Seluruh warga TUDM mengucapkan syabas dan tahniah kepada PPT dan PST yang telah berjaya menamatkan misi pengaman PBB dan penganugerahan pingat PNBB hari ini sebagai menghargai segala sumbangan jasa bakti dan komitmen yang dicurahkan sepanjang bertugas.