Eksesais Wira Helo yang telah memasuki hari ketiga pada 30 Jun 22 menjurus kepada operasi mencari dan menyelamat di kawasan hutan tebal dan altitude tinggi. Kali ini kawasan operasi difokuskan di kawasan Grik dan Gunung Kerunai, Perak.
Bagi operasi mencari lokasi mangsa kemalangan pesawat udara, SARBE G2R telah digunakan untuk memancarkan isyarat kecemasan. Pesawat EC 725 AP yang dipasang dengan peralatan SARFIND berjaya mengenalpasti lokasi mangsa pada jarak dekat sahaja dan seterusnya operasi menyelamat segera dilaksanakan.
Latihan menyelamat altitude tinggi pula dilaksanakan dengan prosedur menyelamat menggunakan “TRANSACO Stretcher” di paras ketinggian 3000 kaki. Latihan ini dilaksanakan sebagai pendedahan kepada anak kapal serta anggota PASKAU bagi operasi menyelamat di kawasan yang tinggi.
Kesemua latihan ini dilaksanakan menepati misi eksesais untuk menambakbaik dan mengemaskini prosedur sedia ada bagi meningkatkan kompetensi dan tahap kesiagaan yang tinggi melibatkan anak kapal dan kru.