Select your language

DUA ATLET KRIKET TUDM SUMBANG PINGAT EMAS PADA TEMASYA SUKAN SEA KE-33 THAILAND

WhatsApp Image 2025 12 16 at 15.20.12 WhatsApp Image 2025 12 16 at 15.20.39 WhatsApp Image 2025 12 16 at 15.20.40

 

KUALA LUMPUR –Tentera Udara Diraja Malaysia sekali lagi berbangga apabila dua (2) anggota TUDM telah terlibat secara langsung dalam kejayaan skuad kriket kebangsaan yang berjaya merangkul Pingat Emas kategori T20i (Lelaki) pada Temasya Sukan SEA Ke-33, Thailand.

Dua anggota TUDM yang terlibat ialah:
Koperal Udara Muhamad Syahadat bin Ramli, Jurulatih Jasmani dari INSMAT;
Koperal Udara Muhammad Wafiq Irfan bin Zarbani, Jurulatih Jasmani dari Pangkalan Udara Sendayan.

Malaysia mengesahkan pingat emas selepas muncul juara pertandingan yang diadakan secara liga satu pusingan, hasil kemenangan enam wiket ke atas Singapura dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang berlangsung di Padang Kriket Terdthai.

Kejayaan ini amat signifikan apabila ia merupakan pingat emas pertama Malaysia dalam kategori T20i sejak acara tersebut diperkenalkan pada tahun 2017. Sebelum ini, Malaysia telah meraih pingat perak dalam kategori sama pada Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan SEA Cambodia 2023. Pencapaian ini sekali gus membuktikan peningkatan prestasi serta kualiti atlet negara dalam menghadapi persaingan peringkat serantau.

Penglibatan dan sumbangan kedua-dua anggota TUDM ini mencerminkan tahap profesionalisme, disiplin serta komitmen tinggi yang menjadi teras kepada warga TUDM. Kejayaan ini turut menyerlahkan peranan TUDM dalam menyokong pembangunan atlet berprestasi tinggi yang mampu mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

TUDM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kpl U Muhamad Syahadat dan Kpl U Muhammad Wafiq Irfan atas kejayaan cemerlang ini serta berharap pencapaian tersebut menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga TUDM dan atlet negara.
Syabas dan tahniah diucapkan atas kejayaan membanggakan ini.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

INTERNAL AGENCY