BENGKEL LATIHAN PROSEDUR PERBICARAAN MAHKAMAH TENTERA SIRI 3/22

1 2 3
4 5 6

 

KUCHING, 15 Ogos 22 - Markas Tentera Udara Bahagian Tadbir-Cawangan Perundangan telah menganjurkan Bengkel Latihan Prosedur Perbicaraan Mahkamah Tentera Siri 3/22 dari 9 hingga 12 Ogos 22 yang diadakan di Pangkalan Udara Kuching.

Perasmian pembukaan bengkel telah disempurnakan oleh PS 1 Mahkamah Tentera, Lt Kol Ahmad Azam bin Soip TUDM dan Majlis penutup pula disempurnakan oleh Pengarah Perundangan, Kol Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM.

7 8 9

 

Bengkel ini dihadiri oleh pegawai-pegawai berpangkat Mej TUDM dan Kapt TUDM bagi memberi latihan berhubung peranan sebagai Yang DiPertua dan Ahli Mahkamah semasa mengendalikan prosiding Mahkamah Tentera di dalam TUDM.

Sebagai tanda penghargaan, Pengarah Perundangan, Kol Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM telah menyampaikan cenderahati kepada wakil Komander Pangkalan iaitu Lt Kol Khir Allauddin bin Ahmad Basari TUDM.