BENGKEL SEMAKAN LAPORAN HORIZON BAHARU KIK TUDM TAHUN 2022 DI INSMAT TUDM KINRARA

1 2 3
4 5 6

 

SUBANG, 29 Mac 22 – Bengkel Semakan Laporan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat TUDM tahun 2022 telah dirasmikan oleh Inspektor Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM bertempat di Auditorium INSMAT, TUDM Kinrara.

Di antara isi kandungan ucapan pembukaan oleh IJTU, beliau telah menyentuh hasrat YBhg PTU untuk melahirkan warga TUDM yang berminda kreatif dan berdaya imaginatif yang tinggi supaya Tonggak ke-4 Perintah Ulung YBhg PTU iaitu “Mengoptimumkan Pengurusan Sumber dan Meningkatkan Budaya Inovasi” boleh dicapai dengan jayanya.

Seramai 58 peserta daripada 29 kumpulan telah terpilih untuk menyertai bengkel yang dianjurkan selama 4 hari bermula dari 29 Mac 22 hingga 1 Apr 22 oleh Sekretariat Inovasi, MTU-Inspektorat.

Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk menyemak hasil penulisan laporan dan dokumentasi KIK serta untuk memberi bimbingan kepada peserta berkenaan teknik persembahan projek kepada panel penilai semasa Konvensyen KIK yang dijadualkan pada bulan Julai akan datang.

Pelaksanaan bengkel ini mendapat kerjasama dan komitmen tinggi dari fasilitator jemputan yang diketuai oleh Lt Kol Roslimizal TUDM dan ahlinya iaitu Mej Ridzman TUDM, Mej Fitri TUDM dan Mej Dess Iskandar TUDM dalam penghasilan laporan yang berkualiti bagi setiap projek inovasi peserta sebelum menyertai Konvensyen KIK TUDM 2022.