BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN CAWANGAN TADBIR SEIRING CAP55

IMG 20210917 153223 842 IMG 20210917 153219 385 IMG 20210917 153212 732

 

IPOH, 15 Sep 21 – Markas Tentera Udara Bahagian Tadbir-Cawangan Perkhidmatan telah menganjurkan Bengkel Pembangunan dan Pengurusan Cawangan Tadbir Seiring CAP55 - Fasa 1(2021-2030) yang diadakan di Akademi Tentera Udara.

Mesyuarat ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula 13 Sep hingga 15 Sep 21 yang telah dirasmikan oleh Kol Khairuddin bin Ghazaly TUDM, Pengarah Perkhidmatan mewakili Asisten Ketua Staf Tadbir. Bengkel ini dihadiri Pegawai-Pegawai Kanan dan wakil pegawai Cawangan Tadbir daripada markas, pangkalan dan unit seluruh TUDM.

Agenda sepanjang mesyuarat adalah bagi membentangkan isu-isu melibatkan pengurusan Cawangan Tadbir, membincangkan penambahbaikan Cawangan Tadbir agar selaras dengan Pembangunan Keupayaan CAP55-Fasa 1 dan memperkukuhkan organisasi Cawangan Tadbir selaras dengan keperluan CAP55-Fasa 1. Semoga bengkel ini menjadi pemangkin kepada pembangunan Cawangan Tadbir sejajar dengan misi dan visi Pelan CAP55 TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer