BENGKEL PEGAWAI INTEGRITI TUDM

IMG 20221117 WA0037 IMG 20221117 WA0038 IMG 20221117 WA0039
IMG 20221117 WA0036 IMG 20221117 WA0041 IMG 20221117 WA0040

 

PULAU PINANG, 17 Nov 22 - Pengarah Perkhidmatan, Kol Khairuddin bin Ghazaly TUDM telah merasmikan Bengkel Pegawai Integriti TUDM yang berlangsung dari 16 hingga 17 Nov 22 bertempat di Pusat Hospitaliti Tentera Udara (PHU) Tanjung Bungah melibatkan seramai 18 Pegawai Integriti daripada Markas/Pangkalan Unit TUDM.

Objektif penganjuran bengkel ini bertujuan bagi meningkatkan pemahaman kepada semua Pegawai Integriti Markas, Pangkalan dan Unit berkaitan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Di samping itu, bengkel ini juga memfokuskan ke arah pengembelingan usaha bersepadu di dalam pembudayaan integriti secara konsisten dan sebagai pendedahan kepada peserta bengkel berkaitan penerangan pelan pencegahan risiko rasuah di peringkat markas, pangkalan dan unit.

Antara pengisian yang terkandung di dalam bengkel ini adalah berkaitan Corruption Risk Management (CRM), Organisation Anti Corruption Plan (OACP) - Pembentukan CRM ke arah Pelan Anti Rasuah Organisasi dan perbincangan berkenaan penyelarasan pelaporan integriti berdasarkan Pelan Intervensi Pengukuhan Integriti (PIPI) peringkat TUDM dan ATM.

Dengan penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memberi kefahaman dan pendedahan kepada peserta bengkel bagi pengurusan integriti yang lebih sistematik dan efektif di Markas/Pangkalan/Unit TUDM.