BENGKEL AIRCRAFT STRUCTURAL INTEGRITY (ASI) 2022

DSC 0024 DSC 0049 DSC 0204
DSC 0183 DSC 0231 DSC 0087

 

KUALA LUMPUR, 26 Okt 22 – MTU-Kejuruteraan TUDM telah melaksanakan Bengkel Aircraft Structural Integrity (ASI) 2022 di Asrama Anggerik, Kampus Utama INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua hari dari 26 Okt 22 hingga 27 Okt 22.

Seramai 27 peserta dari Bahagian Kejuruteraan TUDM terdiri daripada Ketua Cawangan Kejuruteraan (KCK), Ketua Flait Kejuruteraan (KFK) dan pegawai-pegawai kejuruteraan telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ASI 2022 adalah kesinambungan dari ASI Conference 2019 di mana Bahagian Kejuruteraan TUDM telah membangunkan dasar Aircraft Structural Integrity Program (ASIP) dan prosidur Aircraft Structural Integrity Management Plan (ASIMP) di dalam Publikasi Udara Kejuruteraan untuk pesawat-pesawat TUDM.

Melalui bengkel tersebut, para peserta telah berjaya bertukar pendapat dan berkongsi maklumat seperti berikut:

a. Memperkenalkan dan menerangkan dasar ASI dan prosidur ASIMP yang telah dibangunkan kepada stakeholder yang terlibat seperti MTU-Kej, PUSPEKA, DGTA, MPBU dan sebagainya.

b. Menerangkan tanggungjawab setiap stakeholder yang terlibat dalam perlaksanaan ASI dan ASIMP terhadap pesawat TUDM.

c. Menerangkan implementasi ASI dan ASIMP terhadap pesawat TUDM dari aspek Airworthiness dan Regulation di dalam konteks TAMM/EMAR.

d. Membuat penambahbaikan pada dasar ASI dan halatuju.

e. Menerangkan pembangunan ASIMP dan memperkenalkan ASIMP C-130H yang telah dibangunkan oleh pihak PUSPEKA agar dapat diimplementasikan oleh pihak DGTA, MPBU, Cawangan Kejuruteraan dan Skuadron.

f. Menganjurkan Aircraft Structural Integrity Working Group (ASIWG) dengan setiap stakeholder yang terlibat.

g. Pembentangan Case Study Environmental Degradation Management System (EDMS) yang telah dilaksanakan seperti PC-7 Mk II milik TUDM.

Sepanjang bengkel ini berlangsung, sebanyak tiga (3) pembentangan dan satu (1) perbincangan Aircraft Structural Integrity Working Group (ASIWG) telah dipersembahkan dan dibincangkan. Bengkel ASI 2022 telah membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan ASI dari segi dasar dan prosidur, tatacara implementasi, airworthiness, maintenance dan dokumentasi agar semua stakeholder yang terlibat mempunyai kefahaman yang selari dan relevan dengan perkembangan semasa pertahanan penerbangan antarabangsa terhadap pengimplementasikan aircraft structural integrity pada pesawat mereka masing-masing.

Bengkel ASI 2022 ini telah mencapai objektif yang telah disasarkan dan seterusnya dapat memberikan manfaat kepada semua peserta dalam mendukung TUDM ke arah mencapai aspirasi yang telah ditetapkan serta mengimplementasikan Aircraft Structural Integrity Management Plan (ASIMP) pada pesawat masing-masing.

Majlis Pembukaan Bengkel ASI 2022 ini disempurnakan oleh Ketua Setaf Sistem, Brig Jen Md Aznor bin Md Ghazali TUDM dan Majlis Penutup Bengkel ASI 2022 ini disempurnakan oleh Pengarah PUSPEKA, Kol Nornizam Bin Kamarudin TUDM.