IPOH, 10 Jun 21 – Seramai sembilan orang anggota dari Skn 223 Handau, Akademi Tentera Udara dan seorang pegawai selaku Ketua Skn Handau, Kapt Mohamad Shukor bin Anas TUDM telah diaturgerak bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op PENAWAR menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Manjoi, Ipoh Perak.
Anggota Skn 223 HANDAU telah ditugaskan untuk memantau 3 Pos di Daerah Manjoi iaitu Pos No 3 Kampung Dato Ahmad Said, Pos No 5 kampung Baru Jelapang dan Pos No 9 di Kampung Sungai Tapah.