AIRMAN-TO-AIRMAN TALKS (A2AT)

WhatsApp Image 2020 09 15 at 123138   WhatsApp Image 2020 09 15 at 123140

 

KUALA LUMPUR, 15 Sep 2020 – Bahagian Operasi dan Strategi, Markas Tentera Udara telah melaksanakan Airman-To-Airman Talks (A2AT) tahunan ke-3 di antara TUDM dengan United States (US) Pacific Air Forces (PACAF) dan Washington Air National Guard (WA ANG) bagi tahun 2020 secara maya disebabkan sekatan perjalanan akibat pandemik COVID-19.

A2AT 2020 dilaksanakan dalam dua sesi berasingan iaitu di peringkat Working Group (WG) pada 18 dan 19 Ogos 20 lalu yang melibatkan All Domain Awareness WG, Professionalization WG dan Exercises and Engagements WG. Sesi Key Leader Engagement (KLE) pada 15 Sep 20 bertujuan memuktamadkan minit mesyuarat yang telah dibincangkan di peringkat WG. Antara perkara utama perbincangan adalah melibatkan pelaksanaan Exercise Cope Taufan 2021, Subject Matter Expert Exchange (SMEE) serta penglibatan pegawai dan SNCO di dalam exercise termasuk bagi menghadiri kursus dan latihan yang ditawarkan oleh US.

A2AT ini dipengerusikan bersama oleh Maj Gen David Burgy, Air National Guard Assistant to the Commander, PACAF, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM, AKS OS dan Brig Gen Gent Welsh, Commander, WA ANG.

Objektif keseluruhan A2AT adalah untuk memperkukuhkan hubungan antara PACAF dan TUDM melalui dialog, mengkaji keberkesanan program latihan dan penglibatan serta memperkukuhkan kerjasama dua hala. A2AT boleh dijadikan platform yang lebih berdaya maju dan meningkatkan tahap saling persefahaman, kepercayaan dan kerjasama semua pihak bagi memastikan kemakmuran wilayah dengan beroperasi mengikut peraturan dan norma antarabangsa.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer