π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐏𝐑𝐄 π€π‚π‚πˆπƒπ„ππ“ 𝐏𝐋𝐀𝐍 (𝐏𝐀𝐏) πŽπ…π…-𝐁𝐀𝐒𝐄 ππ€ππ†πŠπ€π‹π€π 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 


SUBANG, 11 Sep 24 – Pangkalan Udara Subang di bawah kelolaan Pegawai Keselamatan Pangkalan, Mej Sukri bin Sarjeng TUDM serta Base Safety Committee telah berjaya melaksanakan satu latihan Pre- Accident Plan (PAP) Off Base bagi tahun 2024 bertempat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Latihan pada kali ini melibatkan pesawat helikopter Blackhawk S70A-34 dari No 2 Skn, Skn 211 HANDAU, 819 RSAT, Cawangan Bomba, Cawangan Operasi serta unit-unit bantuan yang terlibat. Pada masa yang sama, latihan kali ini turut melibatkan agensi luar seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Jelutong, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) Subang Airport Tower, Pusat Perubatan Hospital Shah Alam, serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Latihan ini bertujuan untuk memastikan dan menguji kecekapan Pasukan Penyelamat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta meningkatkan koordinasi kerjasama dengan agensi-agensi penyelamat di daerah Petaling Jaya. Latihan ini sangat penting dalam situasi pendaratan cemas atau kejadian pesawat terhempas yang melibatkan ramai mangsa. Melalui latihan ini, setiap unit penyelamat TUDM akan dinilai oleh penilai yang dilantik untuk memastikan mereka mematuhi senarai semak yang telah ditetapkan oleh PAP Pangkalan Udara Subang. Dengan pelaksanaan latihan ini, diharapkan pasukan penyelamat dapat meningkatkan kemahiran dan kesiapsiagaan mereka dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan yang mungkin berlaku di masa hadapan.

Senario yang dipilih pada tahun ini melibatkan penerbangan Functional Check Flight (FCF) dari PU Subang bersama empat kru. Pesawat telah diarahkan untuk hold at the west of the airfield di aras 1000 kaki bagi memberi laluan kepada schedule departure. Pesawat telah mengalami flight control failure semasa melalui kawasan Stadium Shah Alam dan gagal untuk dikawal. Disebabkan itu, Juruterbang terpaksa membuat MAYDAY CALL dan melakukan force landing di kawasan yang berhampiran.

Komander Pangkalan, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM juga turut hadir sebagai On Scene Commander bagi melihat kecekapan pasukan keselamatan PU Subang serta agensi luar ketika melaksanakan tugas menyelamat.

Dalam ucapan penutup Pemangku Komander Pangkalan, beliau menekankan kepentingan latihan seperti ini untuk memastikan kesiapsiagaan semua pihak, termasuk koordinasi antara TUDM dan agensi luar dalam menghadapi situasi kecemasan sebenar. Latihan ini bukan sahaja berfungsi sebagai persediaan, tetapi juga sebagai platform untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam tugas menyelamat. Penghargaan yang diberikan kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan latihan ini menunjukkan kerjasama yang erat dan komitmen yang tinggi dari semua pihak dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Dengan latihan yang terancang dan dilaksanakan dengan baik, diharapkan pasukan penyelamat dapat bertindak dengan lebih pantas dan tepat apabila diperlukan.