JUGRA, 29 Ogos 24- Markas Rejimen TUDM (MAREJ) telah melaksanakan Latihan Ketenteraan selama dua (2) hari 29 Ogos dan 30 Ogos 24) dan disertai oleh Ketua Cawangan Tadbir dari setiap pangkalan dan unit. Latihan ketenteraan ini diadakan bertujuan untuk dijadikan panduan di dalam pelaksanaan latihan ketenteraan di pangkalan yang akan melibatkan semua pegawai dan anggota dari Cawangan Tadbir. Selain itu, latihan ini juga bertujuan mengekalkan kompetensi asas disamping meningkatkan keupayaan setiap anggota dari Cawangan Tadbir.