πŸ– ππ‘πŽπ‰π„πŠ πˆππŽπ•π€π’πˆ ππ„π‘πˆπŒππ€πŠ π“πˆππ†π†πˆ π“π”πƒπŒ πŒπ„ππ˜π„π‘π“π€πˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„ππˆπ‹π€πˆπ€π π”ππ€π˜π€ (𝐃𝐔𝐄 πƒπˆπ‹πˆπ†π„ππ‚π„) ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 ππ„ππ†πŠπŽπŒπ„π‘π’πˆπ€π‹π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (πŒπ‚π˜) πŸπŸŽπŸπŸ’

WhatsApp Image 2024 08 30 at 112345 WhatsApp Image 2024 08 30 at 112346 1 WhatsApp Image 2024 08 30 at 112346 2
WhatsApp Image 2024 08 30 at 112347 WhatsApp Image 2024 08 30 at 112347 2 WhatsApp Image 2024 08 30 at 112348

 

PUTRAJAYA, 29 Ogos 2024 – MOSTI telah mengadakan Program Penilaian Upaya (Due Diligence) Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) Siri Pertama dan Kedua Tahun 2024 pada 28 dan 29 Ogos 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang dirasmikan YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI.

Due Diligence MCY merupakan salah satu tapak rangkaian Fasa Perkembangan Inovasi bertujuan mengenal pasti produk, teknologi dan inovasi berpotensi untuk diketengahkan dan dikomersialkan serta menentukan aras Tahap Kesediaan Teknologi (TRL).

Sebanyak lapan (8) Projek inovasi TUDM telah dipilih mewakili ATM dan MINDEF menyertai program ini. Antara projek inovasi yang terlibat ialah Radar Warning Receiver Blind Sensing (RWR B-Sensing), Smart Chock, Bird Deterrent (BIRDIE), Extranger, Water Tray, COBRA Powerwave Converter, HAZLITE dan Smart Parcel Box. Kesemua projek TUDM telah dinilai dan mencapai Impak luar Janga kepada Negara.

TUDM akan terus menyokong Program Inovasi Negara serta menyokong inisiatif Kerajaan untuk melonjakkan hasil penyelidikan dan inovasi tempatan menyumbang ke Fasa MCY 3.0 Goes Global (2021-2025) membantu memperluaskan jaringan pengkomersialan serta meningkatkan daya saing teknologi dan inovasi tempatan serta secara tidak langsung mengekalkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia.