𝑾𝑬𝑳π‘ͺ𝑢𝑴𝑬 𝑯𝑢𝑴𝑬 ππ‹π€π‚πŠπ‡π€π–πŠ πŒπŸ’πŸ”-𝟎𝟐

SUB 7435 SUB 7457
SUB 7523 SUB 7532

 

SUBANG, 17 Jul 24 – No. 2 Skuadron telah mengadakan Majlis Serah Terima Pesawat Blackhawk (M46-02) yang baru sahaja selesai menjalani senggaraan 500 jam oleh AIROD SDN BHD. Majlis tersebut menyaksikan serah terima pesawat antara Pegawai Memerintah No 2 Skuadron, Lt Kol Hassan Basri bin Tajul Arifin TUDM dan Mejar Jeneral (B) Dato’ Ismail bin Ibrahim TUDM, Ketua Pegawai Eksekutif AIROD SDN BHD sambil disaksikan oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM.

Pesawat Blackhawk milik TUDM ini telah dilaksanakan senggaraan di Hangar AIROD SDN BHD dari 8 April 2018 yang lalu. Dengan penerimaan semula pesawat helikopter naungan No. 2 Skuadron ini mampu meningkatkan lagi operasi pesawat VVIP TUDM bertepatan dengan moto skuadron 'Kami Sampaikan'.

#TheExecutive
#vvipSquadron
#CemerlangBersama