INSMAT, 22 Apr 21 - Program Sumbangan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadan Bagi Tahun 2021 ini adalah anjuran bersama INSMAT TUDM Kinrara dan DESATERA. Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM INSMAT di hadapan lobi bangunan utama. Dalam majlis ini sumbangan bubur lambuk ini telah diagihkan kepada seluruh warga INSMAT termasuk staff, penghuni RKAT dan ahli BAKAT. Sumbangan bubur lambuk ini dilaksanakan berkonsepkan pandu lalu.