![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 8 Ogos 24 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara telah menyempurnakan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat TUDM yang diadakan di Auditorium AWC, Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), hari ini.
Program anjuran Cawangan Agama MTU ini telah bermula pada 6 Ogos 24 menyaksikan penglibatan pegawai dan anggota LLP TUDM mengikut kategori yang dipertandingkan iaitu kategori pegawai, qari, qariah dan saudara muslim. Sesi penilaian telah dibuat oleh barisan juri-juri profesional dengan mengambil kira beberapa elemen penting termasuk tajwid, taranum, fasohah dan suara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan mutu bacaan Al-Quran di kalangan warga TUDM. Selain itu, program ini juga dapat menggalakkan warga TUDM mempelajari dan mendalami Al-Quran dengan lebih baik sekali gus dapat memilih wakil peserta TUDM untuk ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat ATM.
Pemenang-pemenang bagi pertandingan tilawah Al-Quran peringkat TUDM adalah seperti berikut:
Kategori Pegawai.
Johan: Mej Muhammad Hamzani bin Muhammad TUDM.
Naib Johan: Lt Nabil Hakimi bin Mohd Indra TUDM.
Tempat Ketiga: Mej Riza Shahril bin Mohd Saad TUDM.
Kategori Qari.
Johan: PW U I Muhamad Ghazali bin Zakaria.
Naib Johan: Kpl U Muhamad Zunnur bin Khamarudin.
Tempat Ketiga: Sjn U Ahmad Fakhrudden bin Zakaria.
Kategori Qariah.
Johan: Puan Siti Nur Farehah binti Yahaya.
Naib Johan: Puan Rogayah binti Hamzah.
Tempat Ketiga: Puan Nur Asyiah Ajeerah binti Wan Mustaffa.
Kategori Saudara Muslim.
Johan: Kpl U Muhammad Asyraf Stenlly Nius.
Naib Johan: Sjn U Muhammad Nick Fitri bin Ragie.
Terdahulu, para tetamu yang hadir turut dipersembahkan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Fursan daripada KAGAT ATM.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Turut hadir adalah Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM; AKS P&P, Brig Jen Mohd Sani bin Omar TUDM; AKS Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Tilawah Al-Quran Peringkat TUDM Tahun 2024, pegawai-pegawai Kanan TUDM serta anggota LLP.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang terlibat dalam Program Tilawah Al-Quran Peringkat TUDM Tahun 2024.