PANGLIMA TENTERA UDARA MENYEMPURNAKAN PEMAKAIAN PANGKAT KEPADA TIGA PEGAWAI KANAN TUDM

1 2 3
4 5 6

 

SENDAYAN, 1 Jul 22 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada tiga (3) Pegawai Kanan TUDM di dalam satu upacara pemakaian pangkat yang diadakan di Wisma Perwira, Pangkalan Udara Sendayan, hari ini.

Majlis yang bersejarah ini menyaksikan Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral TUDM dan memegang jawatan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara di Markas Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU).

7 8 9

10

Seterusnya ialah Panglima Bantuan Udara, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM yang dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral TUDM dan Lt Kol Amran bin Hassan TUDM yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Kolonel TUDM, memegang jawatan sebagai Pengarah Malaysian Armed Forces Cataloging Authority (MAFCA).

Turut hadir menyaksikan upacara ini ialah AKS Operasi & Strategi, Mej Jen Dato' Zulkifli bin Hj Hamid TUDM; AKS Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohammad Dom TUDM; KS MPOU, Mej Jen Mahadzer bin Amir TUDM; Ketua Pengarah Sekretariat, Mej Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM; AKS Kejuruteraan, Brig Jen Hishammuddin bin Abdul Rahman TUDM; AKS Materiel, Mej Jen Dato' Zainal bin Abdul Manaf TUDM; AKS Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM.

Seluruh warga TUDM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Masro bin Kaliwon TUDM dan Pengarah MAFCA, Kolonel Amran bin Hassan TUDM di atas kenaikan pangkat. Semoga terus maju jaya dan menerajui markas pemerintahan dan pasukan di bawah naungan demi kecemerlangan organisasi.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer