![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 17 Jun 22 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM meneruskan kunjungan persaraan beliau ke atas pengurusan tertinggi MinDef.
Beliau telah membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany dan Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz bagi menzahirkan penghargaan dan terima kasih di atas sokongan padu yang diberikan kepada beliau sepanjang berkhidmat.