KUALA LUMPUR, 7 Ogos 24 β Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datoβ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah hadir ke Program Khusus Kesedaran Siber Angkatan Tentera Malaysia iaitu SIBER SIAGA 2024 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), hari ini.
Dalam majlis tersebut, Timbalan Panglima Tentera Udara turut menyampaikan "Opening Remarks" mewakili Panglima Angkatan Tentera kepada seluruh tetamu dan peserta yang hadir.
Penganjuran SIBER SIAGA 2024 melibatkan persidangan dan pameran Cyber Digital Service Defence and Security Asia 2024 (CYBER DSA 24) adalah merupakan program bertaraf antarabangsa di bawah kelolan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP), Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) mulai 6 hingga 8 Ogos 2024.
Program ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran keselamatan siber dalam memperkasa kawal selia ekosistem pertahanan siber negara agar sentiasa terjamin dan terpelihara secara optimum. Tema yang dibawa adalah "pendedahan impak teknologi yang tersembunyi dalam alam siber yang boleh mempengaruhi operasi ketenteraan dan kestabilan serantau dengan ketara" selain "pendedahan insiden siber yang tidak pernah didedahkan kepada umum."
Seusai acara perasmian, hadirin juga telah mengikuti forum bertajuk "Securing The Quantum Future: Technology, Military and Regional Stability" sebelum menyaksikan Upacara Penyerahan Dokumen Kontrak Perolehan Network Convergence yang berlangsung antara Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), YBrs. Dr. Mohd Bakhari bin Ismail mewakili Kementerian Pertahanan dengan Naib Presiden Eksekutif mewakili TM One, Puan Shazurawati binti Abdul Karim pada hari yang sama.
SIBER SIAGA 2024 ini terbuka kepada masyarakat awam untuk melihat pameran produk keselamatan siber daripada 200 syarikat selain menyediakan peluang interaksi melibatkan 1,000 orang ahli profesional, 18 universiti tempatan, agensi kerajaan serta warga ATM.