π„πŒππ€π“ ππ„π†π€π–π€πˆ πŠπ€ππ€π π“π”πƒπŒ πƒπˆππ€πˆπŠπŠπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“

2 3 5
7 9 10

 

KUALA LUMPUR, 14 Okt 24 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada empat (4) pegawai kanan TUDM yang diadakan di Eagle Nest, hari ini.

Mendahului senarai pada hari ini adalah Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM, Inspektor Jeneral, TUDM yang dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral TUDM. Manakala Kol Jasmi bin Che Ismail TUDM pula dinaikkan pangkat ke Pemangku Brigedier Jeneral TUDM dan memegang jawatan sebagai Timbalan AKS Logistik Pertahanan di Bahagian Logistik Pertahanan (BLP).

Seterusnya, Lt Kol Ramli bin Hj Endut TUDM dan Lt Kol Nurul Amir bin Othman TUDM pula masing-masing dinaikkan pangkat ke Kolonel TUDM. Kol Ramli bin Hj Endut TUDM akan menjawat jawatan sebagai Pengarah Materiel di Markas Tentera Udara manakala Kol Nurul Amir bin Othman TUDM pula akan menjawat jawatan sebagai Pengarah Operasi dan Eksesais di MTU-BOS.

Turut hadir bagi menyaksikan majlis bersejarah ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM.

Panglima Tentera Udara serta seluruh warga TUDM mengucapkan sekalung tahniah di atas pemakaian pangkat kepada semua pegawai yang dinaikan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini mampu memberikan komitmen terbaik kepada perkhidmatan ATM amnya dan TUDM khususnya.