𝐋𝐓𝐀𝐓 ππ„π‘πŠπ€π’π€πŠπ€π ππ„π‘π‹πˆππƒπ”ππ†π€π π’πŽπ’πˆπ€π‹ π€ππ†π†πŽπ“π€ π€π“πŒ πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 πŠπ„π–π€ππ†π€π π˜π€ππ† πŒπ€πŒππ€π πƒπˆ πŒπˆππ†π†π” ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππ„ππ‚π€π‘π”πŒ: 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

Johor, 6 September 2024 - Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin telah menyempurnakan Majlis Penutup Minggu Bersama Pencarum: Jelajah Selatan 2024 bertempat di Kluang, Johor.

Minggu Bersama Pencarum anjuran Lembaga Tabung Angkatan Tentera (β€œLTAT”) melabuhkan tirai dengan penuh kejayaan dengan hampir 3,500 pengunjung dari kalangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (”ATM”) hadir di tiga kem tentera di selatan Malaysia.

Program Minggu Bersama Pencarum terus menjadi landasan utama bagi LTAT untuk menyantuni dan meningkatkan keterlibatannya dengan warga ATM. Program 3-hari yang telah dianjurkan dari 2 hingga 6 September ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan platform bual bicara yang memberi penekanan kepada faedah-faedah yang disediakan oleh LTAT kepada pencarum, pendedahan berhubung pengurusan kewangan yang mampan,serta peluncuran Laporan Pencarum LTAT 2023, sebuah inisiatif terbaru LTAT yang bertujuan untuk memberi kefahaman yang mendalam berhubung peranan LTAT terhadap warga ATM dan pembangunan ekonomi negara.

Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM mewakili Panglima Tentera Udara turut hadir ke majlis penutup ini.